Calon-calon pengadil sedang medaftar untuk mengikuti Kursus Pengadil Gusti Lengan Selangor
Latihan praktikal sedang diawasi oleh En Abd Aziz Ali (paling kiri)
"Pastikan bahu pemain lurus dan selari dengan sisi meja.." Ujar Encik Aziz Ali
Latihan "Referee Grip"
"Thumb knuckles mesti dapat dilihat oleh pengadil..:"
"Etika dan disiplin pengadil harus diutamakan..." nasihat Encik Shamsul Kahar (baju merah)
Kursus Pengadil Gusti Lengan Siri 2//2011 Peringkat Negeri Selangor telah berjaya diadakan pada 23 Oktober 2011. Kursus yang disertai oleh seramai 7 orang calon pengadil telah diadakan di Solid Gym Kajang, Selangor.
Objektif kursus ini yang bertujuan melahirkan pengadil gusti lengan yang berpengetahuan dan mahir dengan undang-undang gusti lengan dunia disampinng mempu mempamir etika dan disiplin pengadil gusti lengan yang sebenar. Pengadil-pengadil yang berkelayakan ini mampu memastikan perlawanan gusti dijalankan dengan betul, adil dan selamat untuk pemain-pemain gusti lengan.
Dua orang pegawai teknikel daripada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor iaitu Encik Abd Aziz Ali dan Encik Shamsul Kahar Mohamad telah mengendalikan kursus ini dengan jayanya. Dua sesi latihan diadakan iaitu pada sebelah pagi secara teori dan disebelah petang secara prakital. Kandungan kursus adalah berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Sukan Lengan Dunia (WAF).
Penekanan utama di dalam kursus ini adalah khusus berkaitan Undang-Undang dan Peraturan WAF. Ianya bertujuan untuk memastikan pengadil-pengadil yang mengikuti kursus ini mendapat pengetahuan dan maklumat secukupnya dengan peraturan yang ditetapkan oleh badan dunia berkenaan. Setiap calon pengadil telah dibekalkan dengan satu naskhah Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Sukan Lengan Dunia (WAF).Pindaan September 2009.
Tujuh orang calon ppengadil yang beraya menamatkan kursus ini telah di berikan Sijil Kelayakan Pengadil Gusti Lengan Negeri Selangor yang melayakkan mereka mengadili pertandingan gusti lengan di peringkat negeri khususnya Selangor.dan kebangsaan.
Setiausaha
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.
Gambar-gambar ehsan Hairul Nazli
1 comments:
lepas ni player kena la dengar arahan dari reff.kte tak nak ada yang pertikaikan undang2 standard dunia.semua wajib belaja supaya bukan reff aje yang tau.pemain pun wajib tahu jadi takde la buat silap masa berlawan.
Post a Comment