KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label kursus Pengadil Gusti lengan. Show all posts
Showing posts with label kursus Pengadil Gusti lengan. Show all posts

ARMWRESTLING REFEREE COURSE ON 2 NOVEMBER, 2014 MATIC

Wednesday, October 29, 2014





Persatuan Sukan Lengan Negeri akan menganjurkan Kursus Pengadil Gusti Lengan pada 2hb November 2014 di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kursus ini terbuka kepada sesiapa lelaki dan perempuan yang ingin menjadi pengadil bagi acara sukan Gusti Lengan di Malaysia.

Peserta yang lulus dalam kursus ini berlangsung akan mendapat sijil yang membolehkan mereka mengendalikan perlawanan gusti lengan di Malaysia. Dengan memiliki sijil kelayakan ini juga, peserta boleh memohon untuk menyertai kursus pengadil anjuran WAF yang melayakan peserta mengadili perlawanan bertaraf antarabangsa.

Peserta Malaysia dikena yuran bayaran sebanyak RM50,00 manakala peserta dari luar negara sebanyak RM100,00.

Butiran program adalah seperti berikut;

Tarikh   ,  2hb November, 2014
Masa     :  09.00am - 4.00pm
Tempat :   Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Trainer  :  Zil Fadli Abdul Halim, Senior Referee WAF


Hubungi : 0123730894 /0129402679 untuk maklumat lanjut.




 

MR SELANGOR 2011: HARITH ABDULLAH, HAIRUL NAZLI, MOHD NIZAR YUSOF

Tuesday, December 13, 2011

Hairul Nazli menerima hadiah dan piala Mr Selangor 2011 daripada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia  



Harith Abdul juara dan Mr Selangor 2011

Siti Khatijah menerima hadiah tempat pertama

Mohd Nizar Yusuf memenagi gelaran Mr Selangor 2011

Aksi-aksi menarik bagi setiap kategori termasuk kategori Wanita Terbuka berjaya memukau para penonton yang hadir menyaksi Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 & Mr Selangor 2011 yang telah diadakan Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Disember, 2011.

Pertandingan Gusti Lengan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah berjaya menarik hanpir 100 penyertaan termasuk yang datang dari Kedah, Melaka, Johor dan juga dari Sabah.

Harith Abdullah yang pernah memegang gelaran Mr Selangor 2009, akhir berjaya merampas kembali gelaran Mr Selangor 2011 setelah dengan mudah menewaskan Abd Rahman Rahim. manakala Afrizal Yunus hanya mampu menduduki tempat ke tiga dan gagal mempertahankan gelaran Mr Selangor 2010. Tempat ke empat jatuh kepada pendatang baru yang telah mempamerkan permainan yang menarik iaitu Mohd Raimet Samri.

Kategori lelaki B mendapat juara baru apabila Hairul Nazli Abd Halim muncul juara setelah bertarung sengit dengan adiknya sendiri iaitu Mohd Zil Fadzli Abdul Halim, manakala Mr Selangor 2010 Marvyn Siew menduduki tempat ke tiga dan diikuti oleh Nazri Yusuf di tempat ke empat. Ini merupakan gelaran Mr Selangor yang pertama dimenangi oleh Hairul Nazli Abd  Halim.

Mohd Nizar Yusof terus unggul apabila berjaya memenangi gelaran Mr Selangor untuk dua tahun berturut-turut iaitu Mr Selangor 2010 dan kali ini berjaya sekali lagi merangkul gelaran Mr Selangor 2011 apabila juga mudah menewaskan lawannya Sazali Nazaki dalam perlawanan akhir. Nampaknya Sazali Nazaki sekali lagi kempunan untuk merebut gelaran Mr Selangor walaupun setelah 3 tahun mencuba. Mohd Hafiz Mohd Azmi pula menduduki tempat ke tiga dan Mohd Shahril Adha Bahari. Manakala Radzi Abdul yang memenangi  kategori remaja Pertandingan Gusti Lengan Karnival Harian Metro yang diadakan di Pulau Pinang bulan lalu hanya mampu menduduki tempat ke lima.

Awalnya ramai yang menjangkakan ada pertemuan buku dengan ruas bagi kategori Wanita Terbuka, malangnya pertemuan ini tidak menjadi kenyataan apabila peserta wanita yang dijangka mampu mengugat penguasaan Siti Khadijah Abd Hamid iaitu Zuaslina Abd Kadir tidak dapat menyertai pertandingan kali ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Namun cabaran itu digalas oleh Zuasliza Abd Kadir.iaitu kakak kepada Zuasliana. Namun Zuasliza gagal mencabar kekuatan Siti Khadijah setelah tewas dalam perlawanan akhir untuk muncul sebagai naib juara. Bagi Siti Khatijah pula ini adalah kemenangan kali ke empat berturut-turut untuk tahun 2011. Tempat ke tiga jatuh kepada Mazuin basha dan ke empat dimenangi oleh Shareen Amilia Watuna.

Secara keseluruhan Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 ini telah berjalan dengan sempurna. Penyertaan dari kaum wanita telah menunjukan peingkatan. begitu juga kualiti perlawanan bagi ketika ini juga menunjuk perubahaan ketara kerana peserta wanita kali ini telah memperlihat corak perlawanan gusti lengan yang sebenar terutama dari segi teknik perlawanan yang begitu berbeza dan bersungguh-sungguh berbeza dari apa yang dipamerkan sebelum ini. Pihak PSLNS akan berusaha pada tahun 2012 untuk mewujudkan satu gelaran khas untuk kategori wanita sekiranya sambut sebegini berterus pada pertandingan yang akan datang.

Untuk kategori lelaki pula, didapati pemain-pemain senior masih lagi menguasai empat tempat teratas dalam setiap kategori. Walau pun terdapat muka-muka baru dalam pertandingan kali ini namun masih gagal memberi saingan kepada kelompo pemain-pemain senior. Adalah diharapkan akan lebih ramai lagi muka baru yang akan muncultahun 2012 nanti.

PSLNS ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Perbadanan Stadium Malaysia terutama Pengarah Bahagian Pembangunan Acara iaitu encik Zulqurnain Mohamad dan juga semua warga PSM kerana telah memilih dan memberikan sepenuh sokongan hingga petandingan ini dapat diadakan dengan jayanya. Juga terima kasih kepada penaja-penaja atas sumbangan bagi menjayakan pertandingan ini.

Berkut adalah keputusan penuh perlawanan bagi Setiap kategori;

Kategori A lelaki 85.1 kg ke atas
1. Harith Abdullah
2. Abd Rahman Rahim
3. Afrizal Yunus
4. Mohd Raimet Samri
5. Asmadi bin Abd Ghani
6. Mohd Fauzi bin Mohammad Basri
7. Awang Kenit Kinau
8. Mohd Safie Harun

Kategori B Lelaki 75.1 kg - 85kg
1. Hairul Nazli Abd Halim
2. Mohd Zil Fadzli Abd Halim
3. Melvyn Siew
4. Nazri Yusuf
5. Ahmad Johari
6. Mohamad
7. Shahrizal Md Arif
8. Razali Shahrin

Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar Yusof
2. Sazali Nazaki
3. Mohd Hafiz Mohd Azmi
4. Mohd Shahril Adha Bahari
5. Radzi bin Abdul
6. Mohhd Syahmi Abd Rahman
7. Mohd Ariff Abd Hamid
8. Mohd Azhar Mohd Hanafi

Kategori Wanita Terbuka
1. Siti Khatijah Abd Hamid
2. Zuasliza Abd Kadir
3. Mazuin Basha
4. Shareem Amilia Watuna
5. Nurlailawati Idris
6. Rozaiannah Ismail
7. Norlaila Mat
8. Zalia Awang Kenit

Dengan berakhirnya pertandingan ini, PSLNS menutup kalendar aktivitinya, dan berharap tahun 2012 yang akn mendatang ini akan dapat dimeriahka dengan lebih banyak pertandingan gusti lengan di negeri Selangor.

Kursus Pengadil Gusti Lengan Selangor 2/2011

Wednesday, October 26, 2011

Calon-calon pengadil sedang medaftar untuk mengikuti Kursus Pengadil Gusti Lengan Selangor


Latihan praktikal sedang diawasi oleh En Abd Aziz Ali (paling kiri)


"Pastikan bahu pemain lurus dan selari dengan sisi meja.." Ujar Encik Aziz Ali

Latihan "Referee Grip"

"Thumb knuckles mesti dapat dilihat oleh pengadil..:"

"Etika dan disiplin pengadil harus diutamakan..." nasihat Encik Shamsul Kahar (baju merah)

Kursus Pengadil Gusti Lengan Siri 2//2011 Peringkat Negeri Selangor telah berjaya diadakan pada 23 Oktober 2011. Kursus yang disertai oleh seramai 7 orang calon pengadil telah diadakan di Solid Gym Kajang, Selangor.

Objektif kursus ini yang bertujuan melahirkan pengadil gusti lengan yang berpengetahuan dan mahir dengan undang-undang gusti lengan dunia disampinng mempu mempamir etika dan disiplin pengadil gusti lengan yang sebenar. Pengadil-pengadil yang berkelayakan ini mampu memastikan perlawanan gusti dijalankan dengan betul, adil dan selamat untuk pemain-pemain gusti lengan.

Dua orang pegawai teknikel daripada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor iaitu Encik Abd Aziz Ali dan Encik Shamsul Kahar Mohamad telah mengendalikan kursus ini dengan jayanya. Dua sesi latihan diadakan iaitu pada sebelah pagi secara teori dan disebelah petang secara prakital. Kandungan kursus adalah berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Sukan Lengan Dunia (WAF).

Penekanan utama di dalam kursus ini adalah khusus berkaitan Undang-Undang dan Peraturan WAF. Ianya bertujuan untuk memastikan pengadil-pengadil yang mengikuti kursus ini mendapat pengetahuan dan maklumat secukupnya dengan peraturan yang ditetapkan oleh badan dunia berkenaan. Setiap calon pengadil telah dibekalkan dengan satu naskhah Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Sukan Lengan Dunia (WAF).Pindaan September 2009. 


Tujuh orang calon ppengadil yang beraya menamatkan kursus ini telah di berikan Sijil Kelayakan Pengadil Gusti Lengan Negeri Selangor yang melayakkan mereka mengadili pertandingan gusti lengan di peringkat negeri khususnya Selangor.dan kebangsaan.
 
Setiausaha
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Gambar-gambar ehsan Hairul Nazli