KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label Kompleks Sukan Nnegara. Show all posts
Showing posts with label Kompleks Sukan Nnegara. Show all posts

Laporan Akhbar Metro pada 26 Februari 2010

Friday, February 26, 2010


Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Sekitar Sidang Akhbar KSN berhubung Pertandingan Bola Jaring & Gusti Lengan KSN

Friday, December 4, 2009

Kuala Lumpur, 3/12/2009. Encik Shamsul Kahar bin Mohamad. Setiausaha/Pengarah Pertandingan dan Encik Shahril Amir bin Zainal Abidin, Pengarah Pembangunan dan Latihan, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah menghadiri Sidang Akhbar Pertandingan Bola Jaring & Gusti Lengan yang telah diadakan jam 3.00 petang tadi di Kompleks Sukan Negara, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sidang akhbar ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad, Pengurus Unit Pembangunan Sukan KSN. Turut hadir dalam sidang akhbar ini adalah wakil dari penaja-penaja yang menaja pertandingan ini.

Dalam sidang akhbar ini, Encik Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad telah memberikan penerangan tentang acara-acara yang dipertandingan iaitu Bola Jaring dan Gusti Lengan. Bagi acara Bola Jaring, dua acara dipertandingan iaitu kategori wanita dan kategori lelaki. Manakala bagi gusti lengan pula, empat kategori akan dipertandingkan. KSN menganjurkan acara gusti lengan buat pertama kalinya didalam aktiviti sukan KSN. Lokasi pertandingan adalah di Stadium Putra, Bukit Jalil dan bukan di Dewan Putra seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pihak PSLNS dalam sidang akhbar ini telah mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada KSN dan En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad terutamanya dan Puan Haslinawati Abu Hassan kerana memberi peluang kepada pihak PSLNS buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan gusti lengan.

Selepas sidang akhbar diadakan, Encik Shamsul Kahar bin Mohamad, Setiausaha/Pengarah Pertandingan PSLN telah ditemuramah oleh wartawan dari Bernama TV untuk siaran berita.

Pihak PSLNS amat berharap semua pemain gusti lengan Selangor dan mereka yang berminat untuk mencuba dan menyaksikan acara gusti lengan dengan lebih dekat akan datang beramai-ramai ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 12 & 13/12/2009 ini. Disamping pertandinga, pihak PSLNS juga akan mengadakan pameran aktiviti gusti lengan dan juga klinik Teknik Permainan Gusti Lengan secara percuma kepada mereka yang berminat.


En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad (tengah) sedang
mengadakan sidang akhbar



En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikan
cenderamata kepada wakil penaja Figos


En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikan
cenderamata kepada wakil penaja Sport Toto


En. Mohd Zulqurnain B. Hj Muhammad menyampaikan
cenderamata kepada wakil penaja 100 Plus


En. Shamsul Kahar Mohamad, Setiausaha/Pengarah Pertandingan
PSLNS sedang ditemuramah oleh wartawan Bernama TV


Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara, 12 & 13/12/2009

Wednesday, December 2, 2009







Kompleks Sukan Negara, Malaysia (KSN) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan mengunjurkan acara berikut;

Acara : Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara

Tarikh : 12 Disember 2009 (Klinik & Pameran)
13 Disember 2009 (Pertandingan - 9.00 pagi pendaftaran /11.00 pagi perlawanan)

Venue : Dewan Sri Putra (Level 2), Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur


PERATURAN AM
Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh Undang- undang yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara adalah muktamad.


PENYERTAAN
Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara, lelaki, wanita yang berumur 18 tahun ke atas. Semua penyertaan perlu serahkan sebelum atau pada 12 Disember 2009.


KATEGORI ACARA
a) Lelaki 85.1 kg ke atas ;
b) Lelaki 75.1 kg - 85.0 kg ;
c) Lelaki 75 kg ke bawah;
d) Wanita Terbuka.


HADIAH SEMUA KATEGORI
Johan - Wang Tunai RM 300, medal & sijil
Naib Johan - Wang Tunai RM 200, medal & sijil
Ketiga Wang Tunai - RM 100, medal & sijil
4 tempat saguhati - Hamper & sijil


FORMAT PERTANDINGAN
Kejohanan ini hanya menggunakan tangan kanan & format pertandingan adalah kalah mati 2 kali. Peserta akan ditimbang berat untuk menentukan kategori yang layak. Pengerusi pengadil bersama pengadil pelepas akan menentukan peserta –peserta yang menang & kalah.


LAIN-LAIN SYARAT
Pengambilan dadah & arak adalah di larang. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan, retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko / kemalangan / kehilangan harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta.

Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta di dapati melanggar syarat-syarat yang disebutkan di atas.


YURAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 10.00. Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI ataupun secara “BANK IN” atas nama Perbadanan Stadium Merdeka di akaun berikut :-

Maybank 014011447266

Bayaran secara “BANK IN” perlu menyertakan slip bayaran dengan menulis nama individu atau pasukan di atas slip tersebut beserta dengan borang pertandingan dan difakskan ditalian 03-8994 6581. Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri.


Maklumat Lanjut Sila Hubungi :

Unit Pembangunan Acara
Kompleks Sukan Negara
Tel : 03-8992 0888 samb 843 ,844 & 845
Faks : 03- 8994 6581
Haslina (012-6299617)
Fitri (019-3576879)

Mereka yang ingin mendaftar melalui PSLNS boleh menghantar SMS dengan menyatakan nama, no. K/Pengenalan dan berat badan ke 0129402679.

Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati dengan melawat laman web rasmi Kompleks Sukan Negara di www.stadium.gov.my atau klik kepada

Syarat & Peraturan
Borang Penyertaan


Pertandingan Gusti Lengan anjuran KSN, Malaysia pada 12 & 13 Disember, 2009

Wednesday, November 18, 2009

Kepada semua ahli Gusti Lengan Selangor diharap bersedia untuk satu lagi pertandingan gusti lengan yang boleh dianggap sebagai penutup kalender aktiviti gusti lengan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Kompleks Sukan Negara, Malaysia (KSN) akan menganjurkan pertandingan gusti lengan seperti berikut;

Tarikh
12/12/2009 - Pameran, Klinik dan Pendaftaran Pertandingan Gusti Lengan
10.00 pagi - 5.00 petang

13/12/2009 - Pertandingan Gusti Lengan
9.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi : Dewan Seri Putra, Level 2, Stadium Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Yuran penyertann - RM10.00

Kategori;
1. Lelaki A 85.1kg ke atas
2. Lelaki B 75.1kg - 85kg
3. Lelaki C 75kg ke bawah
4. Wanita D TERBUKA

Hebahan seterus akan kami maklumkan beserta butiran pertandingan apabila telah mendapat perincian daripada pihak KSN.

Jadi, apa tunggu lagi... Bersedialah sekarang!!!


Badangpower