Atlit-atlit muda Gusti Lengan Selangor telah dipilih untuk menghiasi ruangan Cereka Orang Muda yang disiarkan pada setiap hari Sabtu akhbar Utusan Malaysia. Atlit yang dipilih adalah Mohd Safuan Asif, Mohd Faiz Razin, Aniq Zalekha Baharuddin dan Fatin Ismail. Ke empat mereka adalah atlit muda yang mewakili Kelab Gusti Lengan Tok Muda Kapar. Mereka turut ditemani oleh jurulatih mereka iaitu En Hairul Nazli Abd Halim.
Sesi wawancara dan fotografi atlit gusti lengan muda Selangor untuk siaran 20 Ogos 2016 telah diadakan pada 13 Ogos 2016 di Pirates Gym, Alam Avenue, Shah Alam.
