KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label tubuh kelab gusti lengan. Show all posts
Showing posts with label tubuh kelab gusti lengan. Show all posts

Tubuh Persatuan atau Kelab Gusti Lengan, PSLNS Sedia Bantu

Thursday, November 10, 2011



PSLNS amat mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menubuhkan Persatuan daerah atau kelab gusti lengan di negeri Selangor. Ada sembilan daerah di Selangor iaitu daerah Petaling, Hulu Langat, Kelang, Gombak, Kuala Langat, Sepang, Sabak bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang belum lagi mempunyai persatuan daerah atau kelab gusti Lengan. Sekiranya ada pihak yang ingin menubuhkan kelab gusti lengan dan seterusnya menjadi ahli gabungan, PSLNS sedia membantu menubuhkan persatuan daerah dan kelab di daerah-daerah yang berkenaan.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan, pertamanya dapatkan borang permohonan (Borang 1) daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan atau muat turun borang itu daripada laman web di : http://pps.kbs.gov.my/. Kemudian wujudkan jawatankuasa penaja (protem committee) dan mengadakan mesyuarat penubuhan. Perkara-perkara yang perlu diputuskan dalam mesyuarat penaja ialah. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja, Persetujuan bagi menubuhkan badan sukan (untuk Selangor tentulah PSLNS), penetapan alamat berdaftar dan Membentang dan meluluskan Perlembagaan

Setelah selesai mengadakan mesyuarat jawatankuasa penaja, apa yang perlu dibuat ialah dengan menghantar permohonan menggunakan Borang 1 bersama-sama  Wang Pos / kiriman wang RM50.00, 2 salinan minit mesyuarat penaja, 2 salinan perlembagaan badan sukan, 2 salinan senarai pemegang jawatan, 2 salinan logo (seeloknya logo itu dimasukan sekali gambar gusti lengan, carilah di internet) dan  surat sokongan Badan Induk (PSLNS). 

Biasanya, kalau permohonan yang dihantar beserta dengan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang diperlukan lengkap dan teratur serta tiada memerlukan apa-apa pembetulan, pihak Pesuruhjaya Sukan akan meluluskan dalam tempoh 30 hari .

Jadi anda boleh meletakan nama persatuan atau kelab anda sebagai contohnya, Persatuan Gusti Lengan Sabak Bernam atau Kelab Gusti Lengan Merah Kuning, atau apa sahaja tapi mestilah ada perkataan gusti lengan.. Pastikan nama tidak boleh sama dengan mana-mana nama badan sukan yang telah didaftarkan di bawah Pesuruhajaya Sukan. Namun ada nama-nama yang tidak dibenarkan seperti nama-nama yang dikaitkan dengan Sultan, Raja atau naungan DiRaja termasuk perkataan-perkataan ”DiRaja” atau mana-mana ungkapan persamaan yang mengandungi makna yang sama  Juga tidak dibenarkan nama-nama yang mengandungi mana-mana perkataan yang buruk atau yang boleh menyinggung sensitiviti agama, masyarakat dan kaum.

Sebagai ingatan juga, tidak boleh sebuah persatuan atau kelab yang mempunyai dua fungsi seperti sukan dan rekreasi atau sukan dan kebajikan.  Di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 telah memperuntukkan bahawa sesebuah badan sukan perlu menjurus sepenuhnya kepada fungsi dan aktiviti sukan.

Borang-borang yang berkaitan dan contoh perlembagaan (anda ikut sahaja dan ubah ikut kesesuaian) boleh di muat turun di sini http://pps.kbs.gov.my/index.php/in/muat-turun/146-borang-muat-turun

PSLNS mengalukan apa-apa juga pertanyaan dan bersedia membantu dalam urusan penubuhan persatuan atau kelab gusti lengan di negeri Selangor. Emailkan apa juga persoalan atau pertanyaan ke pslns@yahoo.com.

Jumpa lagi.