KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 untuk bulan Mei 2009

Wednesday, April 8, 2009

Berita gembira untuk semua ahli-ahli gusti lengan Selangor. Belum lagi bermula Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1 pada 12 April, 2009, ada tiga pertandingan gusti lengan dijangka akan diadakan pada bulan Mei ini iatu;

Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 2 pada 17hb. Mei, 2009 menawarkan hadiah lumayan iaitu Piala + RM1000 untuk juara, Piala + RM500 untuk naib juara dan Piala + RM300 untuk 3 kategori iaitu lelaki 85.1kg ke atas dan lelaki 85kg ke bawah serta wanita terbuka. pertandingan akan diadakan di Anggerik Mall, Shah Alam.

Dua pertandingan gusti lengan yang masih dalam rundingan adalah pertandingan gusti lengan MKN 2009 anjuran jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada 9 & 10 Mei, 2009 untuk acara berkumpulan dan individu.

Manakala satu lagi pertandingan akan di adakan di Kangar, Perlis yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Perlis dengan kerjasama PSLNS. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Harap pihak Persatuan agar semua pemain akan meneruskana latihan pemantapan untuk menghadapi pertandingan yang dinyatakan.

Laporan Akhbar Sinar pada 3/4/2009

Friday, April 3, 2009


Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1

Thursday, April 2, 2009

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta sokongan daripda MARA Negeri Selangor akan menganjurkan pertandingan Gusti Lengan seperti berikut;


Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 Sirkit 1
12hb. April 2009 / 10.00 pagi – 11.00 - pendaftaran
12.00 tgh - 6.00 ptg -perlawanan
Anggerik Mall, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor


Sebanyak 5 kategori pertandingan iaitu,
1. Kategori A: Lelaki 80.1kg ke atas
2. Kategori B: Lelaki 65.1kg - 80kg
3. Kategori C: Lelaki 65kg ke bawah
4. Kategori D: Wanita 65.1 kg ke atas
5. Kategori E: Wanita 65kg ke bawah

Peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan, tidak pernah mengalami patah tangan atau terseliuh. Pertandingan menggunakan tangan kanan sahaja. Hendaklah berpakaian sukan lengan dan berkasut, selipar, kasut tumit tinggi dan sandal tidak dibenarkan.
Bayaran penyertaan RM5 sahaja tidak dikembalikan jika peserta menarik diri daripada pertandingan.

Hadiah
Juara – RM300.00 + Piala + Sijil
Naib Juara – RM200.00 + Piala + Sijil
Ketiga - RM150.00 + Piala + Sijil
Ke empat - RM100.00 + Sijil
Ke 4 - 8 - RM30.00 + Sijil

Pihak penganjur menghadkan penyertaan kepada 16 orang peserta sahaja bagi setiap kategori. Pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar SMS menyatakan nama penuh dan berat badan ke 012-9402679 atau mendaftar pada hari pertandingan.

Undang-undang WAF akan diguna pakai dalam pertandingan ini. Format pertandingan yang akan digunapakai adalah kalah mati pusingan ke dua (second round knock out).

Pihak persatuan walau bagaimanapun berhak membuat apa juga perubahan jika perlu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta. Pihak persatuan juga berhak untuk tidak menerima penyertaan dari mana-mana individu tanpa perlu member penjelasan.

Bagi memeriahkan lagi acara ini pihak persatuan juga mengadakan satu lagi acara sampingan itu Pertandingan Tarian Poco-Poco. Acara berpasukan ini hendaklah terdiri daripada 8 - 10 peserta, lelaki dan wanita serta tiada had umur. Markah dikira berdasarkan kepada formasi, sinqronise, keharmonian, variasi dan pakaian. Yuran penyertaan sebanyak RM30 per kumpulan. Untuk pendaftaran sila berhubung dengan Encik Razali Shaharin 012-9722228 sebelum 11hb. April, 2009. Hadiah adalah seperti berikut;

Juara – RM300.00
Naib Juara – RM200.00
Ketiga - RM150.00
Ke empat - RM100.00

Acara lain yang turut diadakan adalah perhimpunan ahli-ahli kelab permotoran Malaysia seperti Kelab 4x4, kancil dan skuter. Cabutaan nombor bertuah turut diadakan untuk para peserta dan pengunjung.

Maklumat lanjut boleh di perolehi dengan menghubungi Setiausaha PSLNS di talian 012-9402679.
Borang Gusti Lengan

Borang Pertandingan Tarian Poco-Poco

Sertai Pertandingan Tarian Poco-Poco sempena Pertandingan Gusti Lengan Selangor Sirkit 1

Saturday, March 28, 2009

Sempena dengan Pertandingan Gusti Lengan Selangor Sirkit 1 pada 12hb. April, 2009 ini di Anggerik Mall, Shah Alam, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan menganjur acara sampingan iaitu Pertandingan Tarian Poco-Poco.

Pasukan Tarian Poco-poco ini hendaklah terdiri daripada 8 - 10 orang peserta lelaki, wanita atau lelaki/wanita. Markah akan dikirakan berdasarkan kepada keharmonian, sencronize, fomasi dan pakaian. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 untuk satu pasukan. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk juara hingga ke tempat ke 4. Kepada pasukan yang berminat boleh berhubung dengan Setiausaha PSLNS (012-9402679).

Gambar-gambar di Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009

Thursday, March 26, 2009


Gambar-gambar yang dirakam pada Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam pada 21hb. Mac, 2009. Untuk melihat lebih banyak gambar-gambar, sila klik ke laman web http://www.flickr.com/photos/gustilengan

Laporan Akhbar SINAR pada 26hb. Mac, 2009


Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 ditunda ke 12hb. April, 2009

Wednesday, March 25, 2009

Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor membuat keputusan menunda tarikh Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 pada 29hb. Mac, 2009 ini ke satu tarikh baru iaitu pada 12hb. April, 2009 di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ini berikutan daripada pemain-pemain agar yang keletihan kerana telah menyertai dua pertandingan gusti lengan selama dua minggu berturut iaitu pada 15hb. Mac di Melaka dan 21hb, Mac di Shah Alam.

Pihak Persatuan akan mengeluarkan butiran rasmi Pertandingan GustI Lengan Selangor 2009 tidak lama. Borang-borang pertandingan akan diedarkan ke seluruh Selangor. Pihak Persatuan berharap dapat menarik lebih ramai penyertaan untuk pertandingan kali ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak MARA Negeri Selangor yang telah sudi membenarkan pihak persatuan menggunakan Anggerik Mall untuk dijadikana gelanggan rasmi pertandingan gusti lengan.

Keputusan Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009


Tiga juara, dari kiri Shah Rizad, Azilah dan Fairuddin


Shah Alam, 21 Mac, 2009. Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 Karnival Sukan Sempena Sambutan 1 Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor pada 21hb. Mac 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam yang merupakan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah berlangsung dengan jayanya dan juga mendapat sambutan memberangsangkan dari penonton.

Seramai 50 orang peserta lelaki dan wanita telah menyertai pertandingan ini yang mempertandingkan tiga kategori iaitu Kategori A: Lelaki 75.1kg ke atas, Kategori B: Lelaki 75kg ke bawah dan Kategori C: Wanita Terbuka.

Azilah bte Mohd Ali yang mewakili MBSA sekali lagi menunjuk kehebatannya menguasai pertandingan gusti lengan dengan muncul sebagai juara setelah menewaskan Jahlelawati, juga dari MBSA. Bagi Kategori 75.1 kg ke atas telah dimenanangi oleh Shah Rizad masih dari Kelang yang menewaskan Mohd Fauzi dari Shah Alam dan Mohd Fairuddin Md Suki dari Balai Polis Dang Wangi menewaskan Aidi Adnan dari Ijuk.

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A: Lelaki 75.1kg ke atas
Juara - Shah Rizad Masih
Naib Juara - Moh Fauzi bin Mohamad basri
Ke 3 - Afrizal bin Yunus
Ke 4 - Rahmat bin Mohamad

Kategori B: Lelaki 75kg ke bawah
Juara - Mohammad Fairuddin bin Md Suki
Naib Juara - Aidi Adnan bin Yunus
Ke 3 - Mohd Rafae bin Mansurrudin
ke 4 - Mohd nazwil bin Awang

Kategori C: Wanita Terbuka
Juara - Azilah bte Mohd Ali
Naib Juara - Jahlelahwati bte Moh Ali
Ke 3 - Roslina bte Harun
Ke 4 - Siti Faridah bte Jamian

Juara bagi kategori lelaki membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300 berserta piala manakal juara bagi Wanita Terbuka membawa pulang wang Tunai RM200 berserta piala. YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Sebahagian daripada wang yuran penyertaan daripada peserta telah di sumbangkan ke Tabung Kebajikan Gaza.

Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah menjemput pihak Persatuan menganjurkan pertandingan gusti lengan.



Azilah menerima piala kejuaraan daripada YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari



Shah Rizad Masih menerima piala dari YB Tuan Haji Yaakub bin Sapari.

Video Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 di YouTube by Shahril Amir

Tuesday, March 24, 2009

Anda boleh melihat rakam video pemain-pemain Selangor di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 yang telah diadakan pada 15hb. Mac 2009 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.




Lain-lain rakam video gusti lengan pemain-pemain wanita Selangor di YouTube

Azilah Ali VS Unknown Player Melaka http://www.youtube.com/watch?v=0ANyly7Dmmg

Nurliyana VS Unknown Player Melaka http://www.youtube.com/watch?v=oGnRitIbpJE

Faridah & Jahlelawati VS Players Melaka http://www.youtube.com/watch?v=R9KvQWBW9Us

Nurliyana VS Player Melaka http://www.youtube.com/watch?v=Qj2spLum3DM

Faridah VS Cheng Kwee Hong (Round 1) http://www.youtube.com/watch?v=u-YSNCs8TIA

Faridah VS Cheng Kwee Hong (Round 2) http://www.youtube.com/watch?v=7xHOa_yqeDw

Jahlelawati VS Maimun Talib (Round 1 & 2) http://www.youtube.com/watch?v=1RgbiSdqEPI

Jahlelawati VS Maimun Talib (Round 3) http://www.youtube.com/watch?v=YvTIYv7Kq6o

Azilah Ali VS Unknown Player Melaka (Round 1 & 2) http://www.youtube.com/watch?v=HiI2GxxdgwU

Nurliyana VS Emilia (Round 1 & 2) http://www.youtube.com/watch?v=LvmcfCth85Y

Azilah Ali VS Maimun Talib (Round 1) http://www.youtube.com/watch?v=bjnI83lTB1o

Azilah Ali VS Maimun Talib (Round 2) http://www.youtube.com/watch?v=vyuZ2Jsde9g

Nurliyana VS Cheng Kwee Hong (Round 1) http://www.youtube.com/watch?v=uz46IKKingA

Nurliyana VS Cheng Kwee Hong (Round 2) http://www.youtube.com/watch?v=FjXZdE_k4fs

Azilah Ali VS Nurliyana (Semi Final) http://www.youtube.com/watch?v=D8MgyElkHsg

Program sukan elak belia terjebak gejala negatif

Tuesday, March 17, 2009

MELAKA 16 Mac - Penglibatan golongan belia dalam program kecergasan dan kegiatan sukan mampu membendung mereka daripada terpengaruh budaya negatif seperti penyalahgunaan dadah dan perlumbaan haram.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo berkata, kegiatan sukan dan program kecergasan merupakan aktiviti sihat dan perlu dijadikan amalan memandangkan aspek penjagaan diri juga penting diamalkan dalam kehidupan harian.

Menurutnya, kerajaan melalui pelbagai agensi di bawahnya sentiasa mengambil berat mengenai keperluan golongan belia demi memastikan mereka mampu membudayakan gaya hidup yang sihat dalam rutin harian masing-masing.

''Diharapkan sebarang aktiviti sukan dan beriadah ini dapat dijadikan sebagai titik tolak dalam usaha kita mendidik generasi muda agar cintakan amalan hidup sihat dan berkualiti," katanya pada majlis pertandingan Gusti Lengan Terbuka Melaka 2009 di Dataran Pahlawan sini semalam.

Pada pertandingan itu, peserta Johor Bahru, Mohamad Zawawi Hussin muncul juara bagi kategori lelaki 75 kilogram (kg) ke atas, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan piala pusingan kejohanan.

Mohamad menewaskan pencabarnya, Khairul Azwan dari Perak dengan menduduki tempat kedua dan meraih wang tunai RM300 serta piala pusingan pada pertandingan anjuran Persatuan Gusti Lengan Melaka.

Sementara itu, bagi kategori wanita, Cheng Kwee Hong dari Melaka, muncul johan pertandingan manakala tempat kedua dimenangi oleh Azilah Ali dan ketiga Nor Liyana masing-masing dari Selangor. Tempat keempat dimenangi oleh peserta yang juga dari Melaka, Maimun Talib.

Hadiah johan kategori wanita ialah wang tunai RM300 dan piala pusingan, kedua RM200 dan ketiga RM100 masing-masing membawa pulang piala pusingan manakala tempat keempat mendapat hadiah saguhati wang tunai RM50 serta plak.
Seramai 75 peserta termasuk 60 lelaki dan 16 wanita menyertai pertandingan tersebut yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 6.45 petang.

- Utusan Malaysia Edisi Selatan 17/3/2009

Sertai Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 sambil menderma untuk Tabung Bantuan Gaza

Bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palastin di Gaza, pihak MBSA dan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah bersepakat dan bersetuju untuk memndermakan sebahagian kutipan yuran Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 pada 21hb. Mac, 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam kepada Tabung Bantuan Gaza.

Yuran penyertaan adalah RM5 iaitu RM2 sebagai yuran pemain dan RM3 (atau lebih) untuk didermakan kepada Tabung Bantuan Gaza.

Pihak PSLNS menyeru orang ramai khususnya rakyat negeri Selangor untuk ramai-ramai menyertai pertandingan ini. Menyertai Gusti Lengan sambil menderma untuk Tabung Bantuan Gaza.

Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 Karnival Sukan Sempena Sambutan 1 Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor

Monday, March 16, 2009



Sempena Sambutan 1 Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan menganjurkan pertandingan Gusti Lengan seperti berikut;


Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009
21hb. Mac, 2009 / 8.30 pagi – 3.00 petang
Stadium Malawati, Shah Alam

Sebanyak 3 kategori pertandingan iaitu,
1. Kategori A: Lelaki 75.1kg ke atas
2. Kategori B: Lelaki 75kg ke bawah
3. Kategori C: Wanita Terbuka

Peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan, tidak pernah mengalami patah tangan atau terseliuh. Pertandingan menggunakan tangan kanan sahaja. Hendaklah berpakaian sukan lengan dan berkasut, selipar, kasut tumit tinggi dan sandal tidak dibenarkan.

Bayaran penyertaan RM5 sahaja iaitu RM2 untuk yuran penyertaan dan RM3 untuk sumbangan kepada Tabung Gaza.

Hadiah
Kategori A & B

  • Juara – RM300.00
  • Naib Juara – RM200.00
  • Ketiga - RM100.00
  • Ke empat - RM50.00
  • Ke 4 - 8 - RM30.00

Kategori C

  • Juara - RM200.00
  • Naib Juara - RM150.00
  • Ketiga - RM100.00
  • Ke empat - RM50.00
  • Ke 5 - 8 - RM30.00

Pihak penganjur menghadkan penyertaan kepada 16 orang peserta sahaja bagi setiap kategori. Undang-undang WAF akan diguna pakai dalam pertandingan ini. Format pertandingan yang akan digunapakai adalah kalah mati pusingan ke dua (second ound knock out).

Pihak persatuan walau bagaimanapun berhak membuat apa juga perubahan jika perlu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta. Pihak persatuan juga berhak untuk tidak menerima penyertaan dari mana-mana individu tanpa perlu member penjelasan.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan cara mendownloadkan dari laman web MBSA atau di http://www.mbsa.gov.my/mbsa/aktiviti/karnival_sukan_sethn.htm atau hadir pada hari pertandingan mulai jam 8.30 pagi.

Maklumat lanjut boleh di perolehi dengan menghubungi Setiausaha PSLNS di talian 012-9402679.



Wanita Selangor tempat ke 2 dan ke 3 Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009




Azilah Ali dan Nurilyana Mer Shamsuddin dengan piala masing-masing

Melaka, 15 Mac, 2009. Dua orang peserta wanita Pasukan Gusti Lengan Selangor berjaya menjadi naib juara dan tempat ke tiga, manakala 3 orang lagi berjaya melangkah hingga ke peringkat suku akhir dalam acara Wanita Terbuka Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 yang diadakan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Azilah Ali menjadi naib juara setelah tewas kepada peserta Melaka Chen Kok Kei dalam perlawanan dua set manakala Nurilayana Meor Shamsuddin pulak menduduki tempat ke 3 setelah berjaya mengalahkan peserta Melaka Maimon Talib.

Sementara itu, bagi peserta lelaki pula, berhadapan dengan pemain-pemain berpengalaman dari negeri lain terutama dari Perlis dan Johor merupakan satu cabaran yang berat bagi peserta-peserta muda Selangor. Kekurangan pengalaman bagi kebanyakan pemain-pemain muda Selangor merupakan salah s atu punca tewas kepada pemain lawan walau pada dasar telah berjaya memberik tekanan kepada pihak lain sebelum tumpas. Hanya seorang peserta lelaki iaitu Mohd Ehsan Izat yang layak ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada peserta dari Johor, manakala pemain-pemain lain tewas di pusingan yang ke dua.

Secara keseluruhannya, prestasi keseluruhan pemain terutama pemain wanita amat baik sekali bersandarkan kepada kekurangan pengalaman dalam permaianan ini. Pihak Persatuan menjangkakan pemain-pemain terutamanya tidak lama lagi akan mampu menguasai pertandingan bagi kategori wanita berdasarkan prestasi semasa meeka.

Pasukan Gusti Lengan Selangor akan kembali memulakan latihan Selasa ini bagi persiapan menghadapi Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 yang akan diadakan pada 21hb. Mac, 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam.


Gambar-gambar
Jahlelawati (Kiri) menentanag peserta Melaka Maimon Thalib

Faridah (kanan) menentang peserta Melaka

Perlawanan sesama sendiri antara Emilia (kiri) dengan Nurilyana

Afrizal (kiri) menentang pemain Johor

Azilah (kiri) menumpaskan seorang pemain Melaka