KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label solid gym. Show all posts
Showing posts with label solid gym. Show all posts

ARMWRESTLING COMPETITION SOLIDGYM @ KARNIVAL ANAK MUDA Bt.14 HULU LANGAT.

Saturday, November 15, 2014




Sempena dengan Karnival Anak Muda di Batu 14 di Hulu Langat, Solid Gym telah menganjurkan satu pertandingan gusti lengan yang mempertandingkan 2 kategori iaitu lelaki 75kg ke bawah dan 75kg ke atas.

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan iaitu;


 75kg bawah

 1 - Mohamad Nizar Yusof.
 2 - Abdul Razak Hadezhir
 3 - Sazali Nazaki

 
 75kg ke atas

 1 - Valen Low
 2 - Saedon Abu Bakar
 3 - Azmy Nen

 Tahniah kepada pemenang. Tahniah juga kepada Solid Gym kerana telah menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar ehsan dari Solid Gym
 

 
 

 

ARMWRESTLING SOLIDGYM DI BATU 14 HULU LANGAT

Thursday, November 6, 2014





Gusti Lengan lagi, kali ini di Karnival Anak Muda 2014 Hulu Langat. Pertandingan ini akan dikendalikan oleh Solidgym. Tak banyak maklumat yang diperolehi tentang program. Kalau tak silap 2 kategori akan dipertandingkan iaitu 75kg atas dan bawah. Hadiah yang tawarkan adalah RM400 berserta piala untuk Juara, RM200 + piala tempat ke 2 dan RM100 + Piala untuk pemenang tempat ke 3.

Banyak aktiviti lain yang turut diadakan pada karnival kali.

Jom ke Hulu Langat Batu 14...


 

Ucapan Terima Kasih kepada Harian Metro, dan semua yang terlibat

Monday, October 31, 2011


Badangpower ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Harian Metro terutama kepada Pengerusi Karnival Gegaria 2011, Ahmad Salim Bachok,, Encik Mohd Hilmie Hussin dan semua warga Harian Metro kerana telah memilih sukan gusti lengan sebagai salah satu aktiviti bagi Karnival Gegaria Harian Metro 2011. Harian Metro telah memberikan liputan yang begitu meluas kepada sukan gusti lengan. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk mengendalikan pertandingan kali ini dan sekiranya ada kekurangan sepanjang pertandingan ini berlangsung, pihak persatuan memohon maaf dan akan memperbaiki untuk pertandingan yang akan datang.

Juga kepada Persatuan Sukan Lengan Negeri Pahang, terutama Presidennya sendiri iaitu Encik Wan Abdul Rahman yang telah turut hadir memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi bagi memastikan pertandingan gusti lengan kali ini berjalan dengan lancar. Badangpower berharap kerjasama ini akan berterusan dan menjadi contoh juga kepada persatuan-persatuan negeri yang saling berkerjasama dan membantu satu sama lain.

Begitu juga kepada Solid Gym, yang telah turut bertungkus lumus dan bekerja keras membantu Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor dalam mengendalikan pertandingan kali ini. Badangpower ucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusnya Shamsul Kahar bin Ishak. Diharapkan kerjasama ini dapat dijalinkan berterusan.

Akhir sekali kepada semua pemain gusti lengan, peminat gusti lengan dan pencinta gusti lengan yang turut hadir memeriahkan acara gusti lengan ini hingga dapat dijalankan dengan jayanya, pihak Persatuan ucapkan ribuan terima kasih.

Okey, jumpa lagi.