KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label Amphitearte Menara MPAJ. Show all posts
Showing posts with label Amphitearte Menara MPAJ. Show all posts

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN MPAJ 2013

Wednesday, July 10, 2013




Menara MPAJ, Pandan Indah, 6 Julai, 2013. Pertandingan Gusti Lengan MPAJ 2013 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya sempena Sambutan Bulan Ulangtahun MPAJ Ke 21 berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 26 orang peserta. Pertandingan ini telaah dirasmikan oleh Tuan Abd Hamid bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Aampang Jaya.

Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori A Lelaki 85kg ke atas, Kategori B Lelaki 75kg-85kg dan Kategori C Lelaki 75kg ke bawah. Juara setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan medal. Manakal ke RM200 dan medal, Ketiga RM100 dan medal serta wang tunai RM50 bagi pemenang tempat ke 4 hingga ke lapan.

Pertandingan kali ini telah diadili oleh dua orang pengadil WAF iaitu Zil Fadli bin Abdul Halim dan Shuhaimisidy Shamsuddin.

Keoutusan rasmi adalah seperti berikut;

Kategori A

  1. Mohamad Yasser
  2. Saedon bin Abu Bakar
  3. Abdul Rahman bin Rahim
  4. Jack Chi Jun Kit
  5. Aidi Adnan Yunus
  6. Afrizal Yunus
  7. Wai Phoe Kyaw @ Jon
  8. Shahrizam Mohd Radzali
  9. Marcus Nen
  10. Azmy Nen


Kategori B

  1. Melvyn Loh
  2. Hairul Nazli bin Abdul Halim
  3. Raymond Kow
  4. Mohamad Saamsul Fitri
  5. Javed Shaah Bhunoo
  6. Ahmad Alfisharin Jamilin
  7. Nor Ahmad Fakeh


Kaategori C

  1. Mohamad Nizar bin Yusof
  2. Abdul Razak Hadezir
  3. Wilter Lim
  4. Mohd Hafizullah bin Abdul Aziz
  5. Jimmy Lim
  6. Dave Hum
  7. Mohd Najib bin Ismail
  8. Ahmad Razi Othman


Tahniah kepada pemenang-pemenang.

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada MPAJ terutama kepada Tuan Abdul Hamid bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ, Encik Rosman dan semua wargakerja MPAJ yang telah berusaha menjayakan pertandingan ini. Adalah diharapkan kerjasama seperti ini akan berterusan.

Pemenang-pemenang bergambar beramai-ramai bersama Tuan Haji Abdul Jalil, Ahli Majlis MPAJ



14 HARI LAGI GUSTI LENGAN MPAJ

Sunday, June 23, 2013




Salam.

Cuma tinggal 14 hari sahaja lagi untuk kita bertempur lagi. Atau lebih tepat adalah pada tanggal 6 Julai 2013. Kali ini gelanggang pertarungan kita adalah di Amphiteatre, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Badang dah maklumkan perkara ini sebulan yang lalu, jadi pasti semuanya dah bersedia Dan jangan lupa, habis bertarung kita sambung lagi pertarungan kita pada 7 Julai di Pantai Puteri Melaka Lepas kita berehat ada bulan Ramadhan. Itu cuma rehat dari pertandingan, latihan mesti tetap Diteruskan, Tiada istilah rehat kepada atlit-atlit sukan.

Setakat ini yang dapat Badangpower sahkan adalah dua pertandingan selepas ini Iaitu pada bulan Oktober dan November. Dalam pada masa yang sama nampaknya bulan Ramadhan tak menjadi masalah kepada beberapa pihak untuk mengadakan pertandingan. Badangpower telah dihubungi oleh beberapa pihak untuk mengadakan pertandingan dalam bulan Ramadhan iaitu 2 pertandingan di Kuala Lumpur dan satu di Johor Bahru. Badangpower rasa tak perlu anda semua menyertai pertandingan ini, Biarkan sahaja budak-budak ingusan yang baru belajar gusti legan sahaja yang bertanding sesama mereka.

Di bawah Badangpower serta maklumat tentang Pertandingan Gusti lengan di MPAJ  seperti berikut.


MPAJ 21st Anniversary Armwrestling Challenge
6hb. Julai, 2013
Dewan Ampihitearter, Menara MAJ,
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah,
 Kual Lumpur

8.30pg - 5.00ptg

3 kategori
1. Kat A Lelaki 85kg ke atas
2. Kat B Lelaki 75kg - 85kg
3. Kat C Lelaki 75kg & ke bawah

Hadiah
1. Juara RM300 + medal
2. Naib Juara RM200 + medal
3. Ke 3 RM100 + medal
4. Ke 4 - 8 RM50

Yuran
RM30.00

Ingat  6 Julai, 2013, ingat Gusti Lengan!

Ok Jumpa lagi.

Peta ke lokasi