KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

SELANGOR TAYANG JERSI BARU

Saturday, May 4, 2013



Pertandingan gusti Lengan Melaka 2013 yang lalau bukan sahaja menjadi untuk mempamerkan kekuatan oleh team Selangor tapi juga menjjadi tempat untuk menayang jersi baju team Selangor. Ada tiga warna jersi yang dipakai iaitu yang berwarna kuning merah, hitam dan merah kuning.

Diharapkan jersi baru ini juga dapat memberikan semangat baru kepada pemain-pemain gusti lengan Selangor dalam pertandingan-pertandingan  akan  datang. Sayangi Selangor!


BADANGPOWER MUNCUL DI MELAKA



Salam kepada semua pembaca blog PSLNS.

Saya adalah salah seorang peminat acara gusti lengan yang sentiasa mengikuti perkembangan acara gusti lengan di blog PSLNS dan salah satu nama yang sering muncul di blog PSLNS adalah Badangpower. Saya membayangkan Badangpower adalah seorang yang gagah perkasa dengan lengan yang berketul-ketul. Jadi bila dimaklumkan Badangpower akan muncul di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 di Pirate Park, Sungai Melaka saya memutuskan untuk hadir bertemu beliau dengan tujuan meminta tip-tip untuk menang dalam perlawanan gusti lengan kerana selepas menyertai 10 pertandingan gusti lengan, saya tak pernah menang walau pun satu set (hehehehe..... dan sentiasa menduduki tempat terakhir).

Hehehehe.. walau pun indah khabar dari rupa, sempat juga saya duduk berborak dengan beliau di restoran berdekatan sambil perkena teh tarik (mentang-mentanglah saya belanja, laju je beliau order Fresh Oren dan beef steak), sempat saya bertanya tentang tip untuk menang dalam pertandingan gusti lengan. Dengan selamba beliau berkata, "Baik kau tanya Zil atau Nizar. Abang ni macam kau juga, tak pernah menang walau pun sekali dalam pertandingan gusti lengan...HAHAHAHAHAHAH!"

Hampeh sungguh. Jadi di sini saya mengambil kesempatan mendedahkan identiti Badangpower yang sebenar. Gambar di atas adalah aksi Badangpower baju merah) menentang Zil Fadli (yang menang pertandingan di Melaka ni). Keputusan perlawanan dorang ni, korang tekalah sendiri..hahahahaha!.

Kiriman:
Badangtakpower.



Komen Badangpower: Inilah komen yang paling hampeh Badangpower pernah terima. Jaga-jaga kau Badangtakpower, jumpa nanti aku hammer kau!


RUGI BESAR ANDA TAK SAKSIKAN SENDIRI AKSI-AKSI HEBAT GUSTI LENGAN SECARA LANGSUNG.



Salam sejahtera kepada semua peminat Gusti Lengan. Bagi anda yang tidak berkesempatan menyaksikan pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 secara langsung amt merugikan sekali kerana tidak dapat menyakksikan aksi-aksi hebat yang ditunjukan oleh peserta-peserta yang bertanding, apatah lagi pertandingan kali ini disertai mereka yang benar-benar hebat dalam acara gusti lengan di Malaysia. Selangor sendiri menghantar tujuh orang pemain yang hebat-hebat. Tiada yang pulang dengan tangan kosong. Walau pun pertandingan ini tidak disertai pemain terbaik Selangor tapi Selangor masih laagi diwakili olleh peserta yang hebat seperti Zil Fadli yang terbukkti gagal ditandingan oleh peserta-peserta dari negeri-nnegeri lain termasuk Singapura.

Badangpower amat berharap pada masa hadapan tidak kira di mana pertandingan gusti lengan diadakan semua peminat gusti lengan terutama daripada Selangor akan turut serta bersama pemain-pemain berada di gelanggang. Badangpower amat berharap saatu mamsa nanti peminat gusti lengan Selangor khususnya mencontohi peminat sukan F1 yang beramaai-ramai turun menyokong pasukan mereka tanpa menegiri di mana pertandingan diadakan. Badangpower amat berharap satu hari nanti biar dimana pertandingan gusti lengan diadakan , peminat-peminat gusti lengan negeri Selangor akan turut bersama-sama datang untuk memberikan sokongan. Kita boleh berkonvoi beramai-ramai kke tempat pertandingan.

Untuk tidak menghampakan aanda, di sini Badangpower siarkan beberapa aksi hebat  di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013. Jadi lain kali jom kita ramai-ramai turun menyaksikn pemain Selangor beraksi.








SELANGOR, MELAKA DAN SINGAPURA MENANG DI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN MELAKA 2013



Melaka, 1 Mei, 2013.  Zil Fadli Abdul Halim mengembirakan team Gusti Lengan Selangor apabila berjaya menjuarai kategori C di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 yang telah diadakan pada 1 Mei, 2013 di Pirate Park, Sungai Melaka, Melaka. Kemenangan ini begitu bermakna apabila pemain harapan team Selangor, Mohamad Nizar Yusuf terpkasa menarik diri di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Zil Fadli berjaya menewaskan peserta dari Singapura iaitu Melvin Loh dalam perlawanan dua set yang agak mudah. Tempat ke 3 jatuh kepada Hairul nazli Abdul halim dari Selangor dan Saddam Wafa dari Perak.

Pertandingan yang melibatkan penyertaan hampir 50 orang peserta yang daripada Melaka, Johor, Selangor, Perak dan Singapura berjaya menarik perhatian ramai penonton yang berada di Pirate Park walaaupun terdapat beberapa acara yang lain. Program ielah dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad.

Sementara itu Valen Low dari Singapura berjaya memenangi kategori B apabila berjaya mengalahkan Lee Yong Sheng peserta dari Melaka. Manakala dua peserta Selangor iaitu Abdul Razak Hadizir dan Shamsul Fitri berjaya menduduki tempat ke 3 dan ke 4.

Bong Kim Boon berjaya menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah Melaka apabila berjaya memenangi kategori B setelah menewaskan rakan sepasukan Ooi Yee Kun di perlawanan akhir. Manakala tempat ke 3 dan ke 4 turut dibolot oleh dua peserta Melaka iaitu Yasser kalam dan Saedon Abu Bakar.

Pasukan Selangor diwakili oleh tujuh orang peserta tutut memakai baju baru pasukan Selangor berwarna kuning merah untuk pemain senior dan warna ahitam unntuk pemain junior. Antara yang mewakili Selangor adalah Mohd Najib Ismail (ktegori C tempat ke 8), Azmy Nnen (kategori A tempat ke 6) dan Shamsul Fitri (kategori B tempat ke 4).

Juara setiap kategori membawa pulang RM300, Naib juara RM200, ke 3 RM100 dan ke 4 RM50.00, manakala tempat ke 5 - 8 membawa pulang hamper. Hadih-hadiah telah disampaikan oleh Datuk Wira Hj Othman bin Mohamad, mantan Speaker Dun Melaka.

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;


75kg below

1-Zil Fadli(Selangor)
2-Melvyn Loh(Singapore)
3-Hairul Nazli(Selangor)
4-Saddam Wafa(Perak)
5-Dave Hum(Singapore)
6-Tanzilal(Melacca)
7-Tan Chee Keong(Melacca)
8-Najib(Selangor)

75-85kg

1-Valen Low(Singapore)
2-Lee Yong Sheng(Melacca)
3-Razak Hadezir(Selangor)
4-Samsul Fitri(Selangor)

85kg Above

1-Bong Kim Boon(Melacca)
2-Ooi Yee Khun(Melacca)
3-Yasser(Melacca)
4-Saedon(Melacca)



Tahniah kepada semua pemenang.

Zil Fadli menerima hadiah kemenangan daripada Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad, mantan Speaker DUN Melaka

BLOG PSLNS BERWAJAH BARU

Friday, May 3, 2013



Salam.

Mungkin ramai yang bertanya, kenapa blog Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor tidak dapat di asess minggu lalu. Sebenarnya saya telah memakumkan kepada semua melalu Facebook Gusti Lengan Malaysia Singapore Armwrestling bahawa blog ini akan ditutup sementara untuk kerja pengubahsuaian. Hari ini blog ini boleh di akses oleh semua. Namun begitu ada beberapa bahagian daripada blog ini yang belum sempurna sepenuhnya, Ini akan dilakukan dari masa ke semasa. Saya mengalu-alukan anda menghantar cadangan untuk penambahbaikan blog ini.

Disamping itu juga, pihak PSLNS menjemput penulis-penulis untuk menyumbang tulisan tentang hal-hal yang berkaitan degan gusti lengan. Anda boleh bercerita apa sahaja seperti aktiviti gusti lengan di Malaysia dan antarabangsa, tip-tip permainan gusti lengan, teknik-teknik dan latihan gusti lengan, isu-isu semasa yang berkaitan. Anda juga boleh menulis tentang pengalaman anda menyertai gusti lengan, cerita tentang ahli gusti lengan dunia yang anda minati. Anda boleh tulis apa sahaja asalkan berkaitan dengan gusti lengan. Hantar tulisan anda ke saa_secretary@yahoo.com.

Sekian, jumpa lagi.

Badangpower


GARA-GARA HERMAN TINO MENYERTAI PRU13.....

Monday, April 22, 2013



Herman Tino dalam aksi menewaskan Afrizal Yunus, Mr Selangor 2011


Gara-gara penyanyi populor tahun 80 an Herman Tino bertanding di PRU 13 Parlimen Kuala Selangor tiba-tiba sahaja postinng lama Badangpower pada tahun 2011, hit bagi posting ini melonjak naik menjadi hit tertinggi bagi blog ini mengalahkan posting-posting yang lain. Gambar ini diambil sewaktu pertandingan gusti lengan anjuran MARA Selangor di Anggerik Mall, Shah Alam. Tak pasal-pasal.

Kalau nak tahu apa ceritanya, klil di sini Herman Tino akan menyertai Mr Selangor 2011?


AKSI-AKSI DI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KOOP BERSAMA ORANG MUDA SELANGOR 2013

Saturday, April 20, 2013







WAJAH-WAJAH PEMENANG











VIDEO KLIP PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL KOOP BERSAMA ORANG MUDA SELANGOR 2013



Kategori 85kg ke atas: Sergey lawan Ahmad Yasser




Kategori 75kg-85kg: Sazali Nazaki Lawan Mohd Najib Ismail



Kategori 75kg ke bawah: Mohd Nizar lawan Lee Yong Sheng



VIDEO KLIP NIZAR LWN LEE YONG SHENG PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL KOOP BERSAMA ORANG MUDA SELANGOR 2013

Sunday, April 14, 2013


Courtesy of Azmy Nen Facebook





VIDEO KLIP SAZALI LWN NAJIB PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL KOOP BERSAMA ORANG MUDA SELANGOR 2013


Courtesy of Azmy Nen Facebook


KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL KOOP BERSAMA ORANG MUDA SELANGOR 2013



Para pemenang bergambar keanang bersama Y.Bhg Dato. Nik Ali bin Mat Yunus, Penegerusi Eksekutif SKM

Keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan Karnival KOOP Bersama Orang Muda Selangor 2013 yang telah diadakan pada 13hb April, 2013 di Padang Awam, Kampung Setia, Kuang, Selangor adalah seperti berikut;

Kategori lelaki 85kg ke atas

1. Sergey Kardash
2. Mohd Yasser Kalam
3. Chia Jun Kit
4. Mervyn Siew
5. Mohd Shamsul Fitri Nordin
6. Azmy Nan
7. Markus Nen

Kategori 75kg - 85kg

1.  Mohd Nizar Yusuf
2. Lee Yong Sheng
3. Chia Jun Kit
4. Ee Chong On
5. Mohd Samsul Fitri Nordin
6. Mervyn Siew
7. Mohd Farris bin Mohd Aris
8. Mohd Syahni Abd Rahman


Kategori 75kg ke bawah

1.Sazali bin Nazaki
2. Mohd Najib Ismail
3. Mohd Rafae @ Tuah
4. Mazlan bin Hj Iskandar
5. Abdul Jalil bin Nadari
6. Ahmamd Fairid Elias

Tahniah kepada pemenang.


SEKITAR PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KARNIVAL KOOP BERSAMA ORANG MUDA SELANGOR 2013



Abang Tuah menunjukan aksi solo dihadapan ribuan penonton sebelum pertandingan bermula


Kuang, Selangor, Sergey Kardash, Mohd Nizar Ismail, dan Sazali Nazaki menepati ramalan apabila muncul juara dalam kategori mamsing-masing di Pertandingan Gusti Lengan Karnival KOOP Bersama Orang Muda Negeri Selangor pada 13 April, 2013. Karnival ini yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia telath diadakan di Padang Besar Awam, Kg Setia (Sebelah Tasik Biru), Kuang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Nik Ali bin Mat Yunus, Pengerusi Ekekutif Suruhnjaya Koperasi Malaysia. Acara gusti Lengan telah dijadi sebagai reasmi pembukaan karnival berkenaan.

Tiga kategori dipertandingan iaitu Lelaki 85kg ke atas, Lelaki 75kg-85kg dan Lelaki 75kg ke bawah satu satu acara khas untuk Kaum Wanita. Hadiah wang tunai RM300.00 beserta hamper untuk juara, RM200 beserta hamper untuk tempat ke dua, RM100 dan hamper untuk tempat ke tiga dan tempat ke 4 -hingga ke 8 membawa pulang hamper bernilai RM50.00.

Para peserta bergambar beramai-ramai sebelum pertandingan bermula.

Sergei Kardash muncul juara bagi kategori Lelaki 85kg ke atas apabila berjaya mengatasi cabaran Mohamad Yasser Kalam dalam perlawanan dua set dan Chia Jun Kit pula menduduki tempat ke 3.. Dalam kategori Lelaki 75kg - 85kg, Mohd Nizar Yusuf yang mencuba bertanding dalam katgori ini muncul juara apabila berjaya menewaskan peserta muda dari Melaka Lee Yong Sheng dalam perlawanan dua set manakala Chia Jun Kit sekali lagi menduduki tempat ke 3.. Manakala dalam kategori Lelakii 75kg ke bawah akhirnya untuk tahun 2013 Sazali Nazaki akhirnya berjaya muncul juara setelah berhempas pulas menewaskan Mohd Najib Ismail dalam perlawanan tiga set, Ini juga kali pertamam Mohd najib berjaya memasuki ppertandingan akhi. Anak jati Kuang Mohd Rafae @ Tuah berjaya menduduki tempat k3.

Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Nik Ali bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan teruma kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan tidak lupa juga kepada jabatan Belia Daerah Gombak yang telah sudi menjemput Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk memeriahkan karnival ini.